10.13.2010

Mimpi Melihat Neraka.......:(


Pada zaman Rasulullah s.a.w, jika para sahabat yang mulia bermimpi, biasanya mereka akan mengadukan dan menceritakannya kepada bagida Rasul. Satu malam, seorang sahabat nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra, pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca al-Quran sampai kelelahan. Setelah cukup lama membaca al-Quran,dia hendak tidur.

Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan cara berwudhu', baru kemudian merebahkan badan dan berdoa, "Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu; ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati."

Demikianlah, bagida Rasul menuntunnya cara tidur yang baik. Sehingga, dalam tidur pun, malaikat masih mencatatnya sebagai orang yang tidak lalai. Dengan menyucikan diri, ruh orang yang tidur akan mendapatkan hikmah dan siraman doa para malaikat.

Sambil perlahan-lahan memejamkan mata, Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama Allah hingga akhirnya terlelap. Di dalam tidurnya yang nyenyak, dia bermimpi.

Dalam mimpinya, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa-apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka. Dalam mimpinya, neraka itu bagau sumur yang menyalakan api berkobar-kobar. Panasnya yang amat luar biasa. Di dalam neraka itu, dia melihat orang-orang yang telah dikenalinya. Mereka dipanggang dan menanggung siksa yang tiada tara pedihnya.

Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu, Abdullah bin Umar seketika berdoa, "A'udzubillahi minannaar! Aku berlindung kepada Allah dari api neraka."

Malaikat itu berkata, "Kau belum terjaga dari api neraka!"

Pagi harinya, Abdullah bin Umar menangis mengingat mimpi yang dialaminya. Lalu, dia pergi ke rumah Hafsah binti Umar, isteri Rasulullah saw. Dia menceritakan perihal mimpinya itu dengan hati yang cemas.

Setelah itu, Hafsah menemui bagida Nabi dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu pada beliau.

Seketika itu, beliau bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah Abdulllah bin Umar jika dia mahu mengerjakan solat malam!"

Mendengar sabda Nabi itu, Hafsah bergembira.

Dia langsung menemui adiknya, Abdullah bin Umar dan berkata, "Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik-baik lelaki jika kau mahu solat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui mengatakan bahawa kau belum terjaga dari api neraka. Itu kerana kau tidak melakikan solat tahajud. Jika kau ingin terselamatkan dari api neraka, dirikanlah solat tahajud setip malam. Jangan kau sia-siakan waktu sepertiga malam; waktu di mana Allah swt memanggil-manggil hambanya; waktu ketika Allah mendengar doa hamba-Nya."

Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan solat tahajud sehingga akhir hayatnya. Bahkan, kerap kali dia menghabiskan waktu malamnya untuk solat dan menangis di hadapan Allah swt. Setiap kali mengingati mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka.

Apalagi jika dia juga ingat sabda baginda Nabi saw, "Sesungguhnya, penghuni neraka yang paling ringan siksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang diletakkan pada kedua tapak kakinya bara api yang membuat otaknya mendidih. Dia merasa tidak ada orang lain yang lebih berat siksanya daripada dia. Padahal, sesungguhnya siksa yang ia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka."

Dia berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada Allah, mencari redho Allah, agar termasuk hamba-hamba-Nya yang terhindar dari siksa api neraka dan memperoleh kemenangan syurga.

Akhirnya, dia dapat merasakan betapa nikmatnya solat tahajud. Betapa agung keutamaan solat tahajud. Tidak ada yang lebih indah dari saat-saat dia sujud dan menangis kepada Allah di malam hari.

Semoga shabat2 semua dapat menghayatinya...
(Dipetik dari sebuah blog,,)

10.11.2010

TENANGKAN HATI>>>>>


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita? Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang? Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

10.10.2010

DIMANAKAH PERGINYA SIFAT PERJUANGAN KITA .........


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq.
+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah
+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.

Seksanya Azab Allah swt,,,,


Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

CINTA ALLAH.......


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....

...................................................................................................................

Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(

IBU...EMAK..MAMA..UMMI...MUMMY...MUM..

semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...bayangkanlah wajah ibumu.. bila kamu dilanda gelora cinta.. bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu.. bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu.. bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu.. bila kamu terfikir utk melakukan dosa... bila hatimu berdebar atas perbuatanmu... bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu..... bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu... kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu... tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu... apabila ibumu terluka...tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu... bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu.. dgn titis susunya..dgn sedaya upayanya.. dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)

KENAPA TIDAK ROGOL SAYA....?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalamperjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorongitu. Dia sudah mula rasa takut dan taksedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agarAllah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah danperempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelakiyang tidak dikenali dekat lorong yangdia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putihyang dia lihat semalam adalah perogolitu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspekmelalui kawad cam dan selepas siasatandilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebutwalhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini naktahu sangat sebabnya. Jadi dia mintakebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat sayamalam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were aloneof course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tusaya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudahpasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengarpenjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursiyang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita danmemelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjagabatas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjagahambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh. Barang siapayang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

10.05.2010

Mengalahkan Lawan Kite Bukan Matlamat Utama...


Assalamualaikum...

Malam ini hati penulis tertarik dengan satu petikan yang diambil daripada sahabat satu perjuangan dalam medan penulis iaitu al-Fadhil Ust Azlan di mana pada kali ini menyentuh tentang perjuangan. Di mana mengikut pembacaan penulis lebih memberi kesedaran kepada kita supaya settingkan dalam fikiran kita setiap apa yang kita perjuangkan megalahkan lawan kia bukan matlamat utama tetapi matlamat utama kita adalah untuk memastikan agama Islam dapat diterima oleh semua umat di muka bumi Allah SWT.

Pada kali ini, penulis insya allah akan cuba berkongsikan ilmu yang penulis dapat dan diharap semua sahabat dapat mendapat input dan seterusnya dapat aplikasikannya adlam kehidupan diri walaudimana berada sekalipun..

Abdullah b Amr r.a berkata "Ketika Nabi s.a.w mengepung Taif dan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka, beliau lalu bersabda 'Kami akan pulang, insyaAllah.' Berita ini diterima dengan berat oleh para sahabat sehingga mereka berkata 'Apakah kita tinggalkan tanpa membukanya (mengalahkannya)?' Maka Nabi s.a.w bersabda 'Mari kita berperang.' Ketika berperang, mereka menderita luka-luka, sedang musuh bertahan dalam benteng mereka yang tidak dapat ditembus. Nabi s.a.w bersabda 'Kami akan pulang esok hari.' Maka para sahabat merasa gembira. Nabi s.a.w tertawa." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Petunjuk-petunjuk

1. Rasulullah s.a.w ingin mengajar para sahabat bahawa perjuangan atau jihad mereka tidak semestinya berakhir dengan kekalahan musuhnya. Beliau juga mengajar mereka bahawa erti kemenangan dalam dakwah bukanlah semestinya dengan kekalahan musuh. Sebaliknya tujuan utama dakwah ialah untuk menarik mereka kepada Islam bukan menewaskan dan menguasai mereka. Rasulullah s.a.w menganjurkan agar para sahabat pulang kerana pada ketika itu tiada manfaat untuk meneruskan kepungan sedangkan objektif untuk menarik musuh kepada Islam boleh dicapai melalui cara lain.

2. Hadits ini juga mengajar kita akan kepentingan seorang pemimpin itu untuk sentiasa peka akan persekitarannya. Pemimpin dakwah hendaklah bersedia merubah strategi, perancangan dan gerak kerja dakwahnya, jika di dapati strategi yang ada tidak membawa kepada kejayaan usaha. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah melakukan pengepungan beberapa lama ke atas Taif dan menyedari bahawa strategi berkenaan tidak berkesan.

3. Kita hendaklah tidak takut untuk berundur, membatalkan sesuatu usaha atau mengubah perancangan awal, demi melakukan strategi yang lebih baik. Mengubah perancangan dalam bentuk berundur tidak bermakna kalah atau gagal, apatah lagi jika langkah itu sendiri akan membawa kepada objektif yang dikehendaki. Apa jua perancangan dakwah mestilah dinamik mengikut objektif yang hendak dicapai dan perubahan faktor-faktor kritikal.

4. Perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w dengan bijak memberi peluang para sahabat untuk meneruskan pengepungan, walau pun beliau s.a.w mencadangkan agar kepungan dihentikan. Sikap Rasulullah s.a.w sekali lagi menunjukkan gaya kepimpinan yang terbuka.

5. Apabila para pengikut susah untuk menerima perubahan, tidak salah untuk membiarkan mereka mengalami sendiri kelemahan perancangan yang ada, jika tidak mengakibatkan mudarat yang terlalu besar. Perbuatan itu menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w menggunakan satu teknik pentarbiyahan bagi para sabahatnya. Melihatkan sikap para sahabat yang kuat ingin meneruskan pengepungan, sedangkan pada penelitian beliau ia tidak lagi bermanfaat, beliau s.a.w tidak menolak bulat-bulat kehendak itu sebaliknya dia s.a.w memberi peluang bagi para sahabat untuk belajar dengan mengalami sendiri hasil dari 'kedegilan' mereka. Hanya setelah para sahabat merasakan kesukaran, barulah mereka menerima cadangan untuk berundur.

6. Keberkesanan perubahan strategi Rasulullah s.a.w terbukti apabila para penduduk Taif beramai-ramai memeluk Islam setelah beliau s.a.w berundur. Rujuk kisah Perang Taif dalam buku-buku sirah.

Syukran:)

9.24.2010

Program Lagi


Pada 25/9/2010 mengikuti program Motivasi Bengkel Pecutan Akhir Tahun anjuran Anjung Minda Resources di Kolej Pendeta Zaba`, UKM bermula 25-26 September 2010. Program seramai lebih kurang 150 orang pelajar yang melibatkan SMK(A) Sungai Ramal,SMK Sri Al-Amin, Bandar Baru Bangi. Sasaran adalah dari peserta yang bakal menghadapai PMR 2010 dan penceramah jemputan adalah dari penggubal soalan.

Antara aktiviti yang diadakan seperti lebih kepada pecutan terakhir khusus untuk pelajar PMR disamping memberi kesedaran kepada mereka tentang situasi mereka sekarang yang dalam ambang peperiksaan. Antara aktivit yang diadakan seperti Team Building,Sesi Penghayatan dan Penyucian Jiwa dll. Kebanyakan para pelajar berpuas hati terhadap program yang dihadiri mereka kerana melalui kem tersebut mereka dapat mengetahui jenis-jenis saoalan yang akan keluar dalam peperiksaan. Dari situ jelas menunjukkan sambutan yang menggalakkan telah diberi oleh para pelajar.

Prorgam berakhir pada keesokan harinya lebih kurang dalam Jam 430 pm. Harapan agar semua para pelajar dapat mendapat menggunakan manfaat yang sepenuhnya melalui program tersebut.

9.20.2010

Terus Melangkah Meggapai Kejayaan...



Salam Syawal..

Malam ni terdetik penulis nak menceloteh,,,ramadhan baru sahaja meninggalkan kita semua,,Kadnag-kadang rasa sayu dan sedih seolah-olah rasa belum je mencukupi menjalankan ibadah puasa ketika ramadhan,,Malam ni hati kadang2 terasa sunyi bila hari semakin hari banyak sangat benda baru yang berlaku dihadapan penulis..

Nak pendekkan cerita, Petang tadi baru dapat satu panggilan dari seorang hamba Allah swt yang mengadu tentang masalah yang dihdapai oleh adiknya yang liar,,..first time daapat klien kadang-kadang rasa gabra dan takut pun ada sebab belum pernah mendapat klien real..bermulanya karier ku sebagai seorang kaunselor..
Penulis dapat klien tupun dr tmpt penulis dapat jemputan untuk memberi pengisian di Masjid Puchong di bawah pengelolaan program JAIS bersama dengan Ab Ikram sahabat perjuangan penulis...

Kadang-kadang rasa kurang berkeyakinan untuk menghadapi situasi ini..Kita tahu nak buat benda tu tetapi tak ada keyakinan..Dan ada pula masalah yang tak sepatutnya hadir tetapi tiba2 hadir...Penulis percaya rasa takut, gementar dan tidak yakin diri itu adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang yang NORMAL. Ini bermaksud, jika kita alami masalah itu, kita termasuk dalam kategori orang yang sihat dan normal. Jika tidak rasa takut dan gementar langsung, itu yang perlu dibimbangkan.

Pertama, teruskan membaca tips-tips yang ada di sini terutamanya yang telah penulis kompilasikan di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm. Apa yang selalu kita baca dan fikirkan boleh membentuk corak pemikiran kita. Semakin banyak membaca tentang teknik bercakap dengan penuh yakin, semakin kita cenderung ke arah bercakap dengan keyakinan yang tinggi.

Kedua, suara yang menggeletar selalunya disebabkan ia tidak dikeluarkan dengan kuat. Saya terangkan dan tunjukkan kepada pelajar peringkat universiti di dalam program saya yang suara perlahan akan lebih mudah bergetar. Ia membuat kita kelihatan seperti tidak yakin dan takut. Apabila pendengar mendengar ucapan yang bercampur rasa takut dan tidak yakin diri, mereka mudah hilang minat dan mungkin timbul rasa untuk menambahkan lagi rasa takut kita.

Keyakinan diriJadi, hari ini, apa kata cuba berlatih kuatkan suara. Keluarkan suara dengan kuat dan tegas. Hanya dengan bercakap lebih kuat sahaja akan membuat kita kelihatan dan kedengaran seperti seorang yang sangat yakin. Namun ingat, kuat bukan bermaksud menjerit. Bayangkan kita hendak meninggikan suara untuk memanggil seseorang. Kita mahu panggil sekua hati tetapi kita tidak mahu menjerit. Bagaimanakah bunyinya? (tip, tarik nafas sebelum keluarkan suara).

Akhir sekali, ada dua cara umum untuk manusia mengatasi rasa takutnya. Pertama ialah dengan melarikan diri dan kedua berhadapan dan bersemuka dengan apa yang ditakuti. Rasa tidak yakin bercakap di hadapan khalayak ramai adalah satu ketakutan yang perlu dihadapi dengan cara berhadapan. Kita boleh belajar teori bercakap bertahun-tahun lamanya tetapi ia tidak berguna jika kita masih tidak mampu mencabar diri kita berhadapan dengan ketakutan tersebut.

Penulis cadangkan kita cari peluang sebanyak mungkin untuk berdepan dengan rasa takut ini. Jangan bimbang jika tidak berapa berjaya pada awalnya kerana semua orang berjaya (pada satu tahap) pernah mengalami kegagalan. Percaya atau tidak penulis juga pernah tergolong dalam kategori orang yang sangat takut untuk bercakap di hadapan khalayak ramai kerana masalah lupa apa yang hendak diperkatakan, panik, tidak dapat menyusun idea dengan baik dan sebagainya.

Sekarang, ramai yang tidak percaya bahawa penulis masih lagi rasa berdebar dan takut setiap kali mahu memulakan ucapan. Namun penulis mengawal rasa takut itu dan menukarkannya kepada tenaga yang membuat kelihatan lebih yakin dan mampu meyakinkan semasa berucap...

Buatlah yang terbaik untuk kehidupan kita..

9.12.2010

Raya Melahirkan Keinsafan..


Assalamualaikum..

Baru-baru ini raya ke-2,penulis telah berada di Tanah Perkuburan Bukit Bunga,Kelantan perjalanan memakan masa hampir 2 jam disebabkan jalan sesak di Machang-Kuala Krai..Semenjak penulis berumur 24tahun inilah kali pertama penulis menziarahi kubur moyangku.. Raya tahun ini banyak yang dapat penulis belajar tentang erti kehidupan sebenar terutamanya kehidupan sebelum dan selepas mati.Kematian adalah satu perkara yang pasti akan menjemput manusia. Tak seorang pun dapat mengelak darinya. Walau di mana pun, pasti maut menjemputnya. Ketika tiba saanya tak ada seorang pun yang bisa menangguhkannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali ‘Imran: 185)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللهِ فَمَالِ هَؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatimu kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh. Jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: ‘Ini adalah dari sisi Allah’, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah: ‘Semuanya (datang) dari sisi Allah.’ Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” (An-Nisa’: 78)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ. وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ذَلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ

“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya, itu adalah perkara yang kamu tidak bisa mengelak lari darinya. Dan ditiuplah sangkakala, itulah hari terlaksananya ancaman.” (Qaf: 19-20)

Kesimpulan

Jika telah kita yakini bahwa seorang yang mati hanyalah membawa amalnya, maka hendaknya kita manfaatkan waktu yang tersisa untuk beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memperbanyak amal shalih. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

“Dan infaqkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: ‘Ya Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, sehingga aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang shalih?’.” (Al-Munafiqun: 10)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan:

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاءَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain: (Manfaatkan) masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa fakirmu, masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, masa hidupmu sebelum datang masa matimu.” (HR. Al-Hakim dan lainnya, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani sebagaimana dalam tahqiq Iqtidha’ul ‘Ilmi Al-‘Amal)

Kita juga berusaha mengamalkan amalan yang pahalanya terus mengalir kepada kita sampai kita mati: menuntut ilmu agama untuk kita amalkan dan kita ajarkan, shadaqah jariyah, serta mendidik anak-anak kita agar menjadi anak-anak yang shalih. Mudah-mudahan tulisan ini memberikan dorongan semangat bagi kita semua untuk beramal shalih. Walhamdulillah.

9.11.2010

Iklan Raya Timbul Kontroversi






Assalamualaikum..kepada semua pembaca blog yang baru melayari blog penulis ini yang masih banyak kekurangan. Penulis mengambil kesempatan ini mgucapkan selamat ari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada sahabat2 yang mengenali diri penulis fakir ini..

Pada pagi hari raya ke-3, terasa seolah-olah ingin menulis mungkin sudah agak lama tidak memerah otak maklumlah time cuti-cuti raya ini. Kebetulan pulak, kuat sangat makan lemang dan soto..:) Pagi ini, penulis ingat nak menyentuh tentang isu pengharaman iklan TV3 raya yang telah digantung disebabkan iklannya menimbulkan kontroversi sebab menyentuh akidah. Apa yang cuba dibawa oleh pihak penganjur adalah untuk menyelaraskan tema 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri YAB Dato` Seri Najib Abd Razak.Tetapi akhirnya sedar tidak sedar iklan tersebut menimbulkan kemarahan umat Islam.

Disini jelas menunjukkan tiadanya tapisan yang dibuat dari peringkat atas. Tiadanya unit-unit agama khususnya dalam TV3 itu sendiri untum membuat teguran ataupun tapisan tentang hal ini. Walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh pihak TV3 itu sendiri sepatutnya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku khususnya di negara kita. Apabila berlakunya keadaan sedemikian, seolah-olah kia tertanya-tanya dimana graduan-grauan Pengajian Islam khususnya adakah tiada tempat untuk mereka di sana untuk memberi teguran. Takkanlah nak tunggu masyarakat membuat teguran. Pihak berkenaan perlu fikirkan inisiatif bagi mengelakkan hal sedemikian berlaku. Janganlah beranggapan masalah ini suatu masalah yang kecil pada hakikatnya ia menyentuh tentang masalah akidah Nampak jelas menunjukkan tiadanya kefahaman tentang islam itu sendiri terutamanya pihak penganjur. Mereka seolah-olah terbawa-bawa Islam Liberal dalam diri mereka.

Disini saya ingin memberi gambaran jelas tentang iklan yang disiarkan..Dan maklumat ini pun saya perolehinya daripada blog sahabat saya. Diharap ianya dapat dijadikan panduan kepada kita semua agar kita cepat-cepat sedar dengan keadaan yang berlaku sekarang.
kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

9.09.2010

Perjuangan ku bukan setakat ini..


Pada 27-29 Oktober 2010, aku dan sahabat-sahabatku akan membentangkan paper di UMS Kota Kinabalu berkaitan Psikologi..Kali ini, diri ini cuba menghantar sekurang-kurang 2 paper dan alhamdulillah kedua-dua abstrak diterima. Untuk kali ini, tajuk perbentangan aku ini lebih kepada memberi gambaran tentang masyarakat bahawa setiap kehidupan yang berlaku kepada kita semuanya bermula dengan Islam. Islam adalah jalan kehidupan sebenar..

Alhamdulillah impian diriku untuk mengeluarkan seberapa byk prosiding diharap akan tercapai.Selagi aku bernafas dan hidup di dunia ini, aku akan teruskan bidang penulisan ku ini agar dapat jadikan panduan kepada masyarakat. Aku suka jadikan rolemodel iaitu Us Riduan Muhd Noor. Beliau banyak mengeluarkan buku,jurnal dan artikle berkaitan dakwah Islamiah. Harapan aku agar kita smua bersaama-sama memastikan Islam diutamakan dari segala-galanya..Doakan agar semuanya dipermudahkan Allah SWT.Tajuk paperku kali ini berkaitan:

a)Pendekatan Psikologi:Komunikasi Rasulullah SAW ke atas Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku suatu Analisis

b)Pengaruh filem barat dalam membentuk tingkah laku remaja masa kini suatu analisis

Insan yang bergelar manusia dan khalifah ini mempunyai tanggungjawab yang besar terutama dalam kerja-kerja seperti ini. Walaupun kita tidak terlibat secara langsung seperti reformasi ataupun sebaliknya ini adalah salah satu sumbangan kita dalam kerja-kerja agama. Itu kemahiran yang belum tentu ada pada setiap orang. Pada masa yang sama juga, kerja-kerja dakwah tidak terlepas daripada menerima segala macam ujian bagi mematangkan tahap emosi,tekanan diri, tidak mudah berputus asa, bersedia menerima tohmahan yang direka-reka oleh mereka yang tidak senang dengan Islam walaupun ia datang daripada mereka yang bernama Islam.

Menurut Ustaz Mustafa Masyur dalam risalahnya bertajuk "Zad ad-Du`ah"(Bekalan para pendakwah) ada menegaskan bahawa mana-mana individu yang mewarisi kerja-kerja dakwah seperti yang ditampilkan oleh baginda Rasulullah saw mesti melalui ujian sama ada dilabelkan dengan pemecah belah masyarakat, pengganas dll. Ia tidak lebih daripada menguji tahap kecergasan minda dan sanubari dan mematangkan kesungguhan untuk terus berdakwah.
Apa yang disebut Ustaz Mustafa ada kebenarannya, kerana untuk meraih syurga Allah swt bukanlah satu perkara yang mudah, ia terpaksa dilalui dengan ujian yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya bermaksud:


"Golongan paling dahsyat menerima ujian Allah adalah para anbiya dan kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama/pendakwah)."

Kesimpulannya,kita tidak akan mencapai status ummah yang baik melainkan dengan menjalankan tugas menyelamatkan manusia melalui amar makruf dan nahi mungkar. Para pendakwah khususnya insan yang bergelar manusia perlu berusaha untuk merintis jalan mempelbagaikan teknik dakwah yang mudah sampai kepada golongan sasaran. Marilah kita muhasabah diri kita dengan berfikir persoalan-persoalan yang hadir mengenai keadaan masyarakat kita sekarang:

1)Benarkah ulama` kita sekarang sibuk dengan urusan berpolitik?
2)Mengapakah masyarakat kita sekarang sudah tersempang jauh dari landasan Islam?
3)Mengapakah semakin hari,masalah keruntuhan iman umat Islam semakin ketara terutama generasi muda?
4)Adakah disebabkan sistem pentadbiran kita sendiri yang lebih kepada sekularisme sehingga masyarakat tidak snsitif tentang isu-isu besar seperti pemakaian tudung yang dijadikan trend sekarang..Sekiranya perkara-perkara asas ini tidak boleh diselesaikan oleh kita sendiri,apatah lagi nak menyelesaikan maslah yang lebih b esar..Fikir-fikirkanlah kembali wahai sahabat-sahabat seperjuangan ku...

9.08.2010

Diriku Mencari Sinar Kegemilagan


Inilah insan yang fakir dan kerdil bernama Nizam.Baru bermula kareernya seorang motivator selepas mula berkecimpung dalam bidang motivasi. Gambar yang disebelah tu adalah ketikaku sedang memberi ceramah berkaitan motivasi student di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Dunia motivasi sebenarnya banyak cabran terutamanya dalam mendidik anak-anak pada masa sekarang yang lebih advance dari diri kita semasa menjadi kanak-kanak dahulu. Kadang-kadang peringkat umur diorang lebih suka mencuba sesuatu yang baru.. Kalaulah dari peringkat awal kita tidak mengawal tingkah laku mereka berkemungkinan akan mempengaruhi tingkah laku mereka,,Mereka akan mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat.

Dan disebabkan itulah aku memilih dunia motivasi ini. Aku xnak adik adikku jauh terpesong dengan duniawi..Aku xnak adik-adikku mudah terpengaruh dengan dunia baarat..Aku takut macamna keadaan mereka pada tahun 2020 nanti...adakah mereka semakin rosak..adakah masalah pembuangan bayi contohnya akan semakin bertambah..Betullah kata segelintir ahli akademik.:"Kemajuan ssebuah negara maju mempengaruhi tingkah laku masyarakat"..

Kadang2 aku juga turut berfikir

Mampukah kita berdepan dengan kewujudkan penjenayah seksual terhadap kanak-kanak di kawasan kejiranan kita dalam keadaan sikap mementingkan diri sendiri masih menebal dalam budaya kita?Entahlah dengan keadaan media massa kadang2 banyak mebentuk keperibadian negatif terhadap anak-anak..

Aku berharap sangat agar kite semua sedar keadaan skrg ni..Ingatlah perlunya didikan agama diberikan sepenuhnya kepada anak-anak kita khususnya dari peringkat awal..Biarlah sekurang-kurangnya mereka ada asas tentang agama..Dan yang paling penting sentiasalah dekati mereka dengan dunia masjid..Insya allah ,Allah swt akan melindungi kalian..percayalah ape yang aku sampaikan disiini..

Aku mohon seribu kemaafan skiranya penulisan ku ini, menampakkan tidak tersusun,,Itulah kelemahan diriku ini untuk berkaya.harapan agar ianya dapat dijadikan tatapan umum oleh semua,,Insya allah..


Qunut Nazilah,,,


QUNUT NAZILAH

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ameen…!


Semoga Panjang Umur ....:)

Tepat jam 615 pm...saya dan kkawan satu kelas telah membuat surprise kepada Dr. Salleh di atas hari kelahiran beliau. Pada ketika itu kami dalam kelas Dinamika Kumpulan bawah Dr. Zuria Mahmud..Kami semua bersepakat nak kenakan beliau.Dr. Salleh kelihatan nampak segan dan malu-malu kucing...Kami smua selesa dengan kedua-dua pensyarah kesayangan kami itu...

Cuma ketika itu, hadiah tidak dpat diberi kpada Dr. Salleh sebab smua tu last minute..sekurang-kurangnya kami ingat jasa tenaga pengajar kami slaama ni..

Nanti korang smua buatlah plak untuk hari jadi jejaka nama En. Shahnizam lak..teringin gak katanya nak mcmtu..haa3

p/s:Apepun smga Dr. Salleh dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Insya allah

SITI ZULAIKHA...:(


Siti Zulaikha
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu

Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata

Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap

Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya

Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi

Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada Yusuf mulia

Muhasabah Seorang Fakir...


Tepat Jam 1100 pm,diriku ini telah diamanahkan oleh sahabatku Abg Ikhram untuk memberi ceramah program anti_zina anjuran PDK Petaling Jaya bersama dgn Masjid As-Salam, Puchong..aku telah cuba buat yang terbaik..,tajuk ceramah ku pada malam tu "Matlamat Pemangkin Kejayaan"..alhamdulillah menampakkan respon dari peserta..

Bila tiba sahaja slot abg ikram mengenai mencari keredhaan ALlah di Bulan Ramadhan, aku berasa seronok mendengar apa yang disampaikan..Tetapi bila tiba sahaja beliau membawa diriku dan juga peserta berlayar mencari keredhaan Allah,,,aku gagal sebenarnya.. Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi? Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hati ku ini? Begitu menggunungkah dosa diri ini? Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah? Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…? Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w? kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain? Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…. Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah.. Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah…… Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Kenapa aku boleh menitiskan air mata kepada setiap peserta yang mengikuti ceramah aku, tapi bile sahaja menyentuh tentang kalimah Allah,, Ya rasulullah aku gagal menitiskan air mata untuk diriku sendri..Aku tak tahu,,Ya allahh....apakah semua ni semuannya...aku cuba menghayati ape yang disampaikan, dan bulu roma ku pun mengemang, cuma aku tidak dapat menitiskan air mata..Aku cuba brsendirian seorang diri, aku cuba berdoa:

Ya Allah…… Hinanya diri ku ini ya Allah… Kotornya diri ku ini ya Allah… Jijiknya diri ku ini ya Allah… Berilah hidayah padaku ya Allah… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat… Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku… Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini… Tidak sanggup ya Allah…. Segala-galanya aku berserah pada Mu… Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah… Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu… Astaghfirullahalazim… Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku…. Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya

Air mata membasahi pipi…. Adakah ini air mata keinsafan??? Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini… Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan…. Aku ingin meminta sesuatu dari Mu.. Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna.. Aku sangat mengagumi perjuangan beliau… Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub… Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya… Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub? Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini…. Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini... Aku tidak layak memikirkan tentangnya.. Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…? Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka? Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau… Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.

Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…? Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya? Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah… Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini… Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka… Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir, namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi... Ya Allah….. Pimpinlah daku… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma. Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina…. Ampunilah aku ya Allah…. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim