9.09.2010

Perjuangan ku bukan setakat ini..


Pada 27-29 Oktober 2010, aku dan sahabat-sahabatku akan membentangkan paper di UMS Kota Kinabalu berkaitan Psikologi..Kali ini, diri ini cuba menghantar sekurang-kurang 2 paper dan alhamdulillah kedua-dua abstrak diterima. Untuk kali ini, tajuk perbentangan aku ini lebih kepada memberi gambaran tentang masyarakat bahawa setiap kehidupan yang berlaku kepada kita semuanya bermula dengan Islam. Islam adalah jalan kehidupan sebenar..

Alhamdulillah impian diriku untuk mengeluarkan seberapa byk prosiding diharap akan tercapai.Selagi aku bernafas dan hidup di dunia ini, aku akan teruskan bidang penulisan ku ini agar dapat jadikan panduan kepada masyarakat. Aku suka jadikan rolemodel iaitu Us Riduan Muhd Noor. Beliau banyak mengeluarkan buku,jurnal dan artikle berkaitan dakwah Islamiah. Harapan aku agar kita smua bersaama-sama memastikan Islam diutamakan dari segala-galanya..Doakan agar semuanya dipermudahkan Allah SWT.Tajuk paperku kali ini berkaitan:

a)Pendekatan Psikologi:Komunikasi Rasulullah SAW ke atas Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku suatu Analisis

b)Pengaruh filem barat dalam membentuk tingkah laku remaja masa kini suatu analisis

Insan yang bergelar manusia dan khalifah ini mempunyai tanggungjawab yang besar terutama dalam kerja-kerja seperti ini. Walaupun kita tidak terlibat secara langsung seperti reformasi ataupun sebaliknya ini adalah salah satu sumbangan kita dalam kerja-kerja agama. Itu kemahiran yang belum tentu ada pada setiap orang. Pada masa yang sama juga, kerja-kerja dakwah tidak terlepas daripada menerima segala macam ujian bagi mematangkan tahap emosi,tekanan diri, tidak mudah berputus asa, bersedia menerima tohmahan yang direka-reka oleh mereka yang tidak senang dengan Islam walaupun ia datang daripada mereka yang bernama Islam.

Menurut Ustaz Mustafa Masyur dalam risalahnya bertajuk "Zad ad-Du`ah"(Bekalan para pendakwah) ada menegaskan bahawa mana-mana individu yang mewarisi kerja-kerja dakwah seperti yang ditampilkan oleh baginda Rasulullah saw mesti melalui ujian sama ada dilabelkan dengan pemecah belah masyarakat, pengganas dll. Ia tidak lebih daripada menguji tahap kecergasan minda dan sanubari dan mematangkan kesungguhan untuk terus berdakwah.
Apa yang disebut Ustaz Mustafa ada kebenarannya, kerana untuk meraih syurga Allah swt bukanlah satu perkara yang mudah, ia terpaksa dilalui dengan ujian yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya bermaksud:


"Golongan paling dahsyat menerima ujian Allah adalah para anbiya dan kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama/pendakwah)."

Kesimpulannya,kita tidak akan mencapai status ummah yang baik melainkan dengan menjalankan tugas menyelamatkan manusia melalui amar makruf dan nahi mungkar. Para pendakwah khususnya insan yang bergelar manusia perlu berusaha untuk merintis jalan mempelbagaikan teknik dakwah yang mudah sampai kepada golongan sasaran. Marilah kita muhasabah diri kita dengan berfikir persoalan-persoalan yang hadir mengenai keadaan masyarakat kita sekarang:

1)Benarkah ulama` kita sekarang sibuk dengan urusan berpolitik?
2)Mengapakah masyarakat kita sekarang sudah tersempang jauh dari landasan Islam?
3)Mengapakah semakin hari,masalah keruntuhan iman umat Islam semakin ketara terutama generasi muda?
4)Adakah disebabkan sistem pentadbiran kita sendiri yang lebih kepada sekularisme sehingga masyarakat tidak snsitif tentang isu-isu besar seperti pemakaian tudung yang dijadikan trend sekarang..Sekiranya perkara-perkara asas ini tidak boleh diselesaikan oleh kita sendiri,apatah lagi nak menyelesaikan maslah yang lebih b esar..Fikir-fikirkanlah kembali wahai sahabat-sahabat seperjuangan ku...

0 comments:

Post a Comment