1.07.2011

Bersangka baiklah...


Bersangka Baiklah.........

Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya
di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku,
tentu dia lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan seorang yang jahil,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya
padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…

Err,kepada abu hanifah. Mungkin kita akan menduganya sebagaimana yang pernah kita dengar dengan: Ummati...Ummati...Ummati...yang tercantum pada sebuah tulisan bahwa Rasulullah meninggal dengan Ali dan Fathimah berada di dekatnya.

Padahal kisah tersebut tidaklah benar.

Saya sudah pernah mempostingkan hal tersebut dalam postingan dengan judul Detik-Detik Meninggalnya Rasulullah

Kali ini, saya ingin menambahkan dalil, tentang perkataan terakhir dari Rasulullah sebelum beliau wafat, bahwa perkataan itu bukanlah Ummati...Ummati...Ummati..., melainkan Allahumma ar rafiiqal a'la.

Berikut ini saya ambil dari kitab Shahih Bukhari dalam bab Omongan Terakhir Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Az Zuhri berkata: "Sa'id bin Musayyab memberi khabar kepadaku tentang beberapa tokoh ahli ilmu bahwa Aisyah radiyallahu anha berkata; "Adalah Nabi Shallallahu alaihi wasallam pernah bersabda semasa beliau masih sehat bahwasanya seorang Nabi tidaklah akan dicabut nyawanya sehingga dia melihat tempat duduknya di sorga, kemudian ia disuruh memilih. Maka ketika hal itu sudah turun sedangkan kepalanya berada di atas pahaku, beliau pingsan. Kemudian beliau siuman, lalu mengarahkan pandangannya ke atap rumah. Kemudian beliau bersabda: Ya Allah, Teman Yang Maha Tinggi." Lalu saya berkata: "Jika demikian, beliau sudah tidak memilih kepada kita, dan saya tahu bahwa itu merupakan kalimat yang senantiasa beliau sampaikan ketika masih sehat." Aisyah berkata:"Ucapan itu (Ar Rafiqal A'la) merupakan kalimat terakhir yang beliau ucapkan: "Allahumma Ar Rofiiqal A'la."

Jadi jelas, sebagaimana disampaikan oleh Ummul Mukminin, Rasulullah meninggal dalam pelukan beliau (Aisyah) dan kalimat terakhir yang diucapkan, bukanlah Ummati...Ummati...Ummati... akan tetapi kalimat yang beliau ucapkan adalah Allahumma Ar Rofiiqal A'la.

Mudah-mudahan menambah pengetahuan kita bersama, wallahu a'lam

Diakhir bicara saya titipkan beberapa nasihat dari Rasulullah SAW untuk tatapan anda semua :


بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “
1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “
2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “
3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “
4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “
5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “
6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “
7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “
8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “
9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “
10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “
11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “
12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “
13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “
14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “
15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “
16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “
17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “
18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “
19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “
20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “
21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “
22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “
23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :
سبحان الله وبحمده
” أحب الناس إلى الله أنفعهم “
24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “
25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “
26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “
27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “
28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “
29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “
30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “
31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “
32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “
33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “
34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “
35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “
36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “
37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “
38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “
39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “
40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “
41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”
42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

0 comments:

Post a Comment