1.03.2011

UiTM Kuala Terengganu(Cawangan Chendering)



Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Terengganu di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kemudian kampus UiTM Terengganu telah berpindah ke Sura Hujung. Buat masa ini UiTM Terengganu telah mempunyai 3 kampus iaitu di Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu.

Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti di bawah:-

* Pejabat Penyelaras Kampus
* Bahagian Pentadbiran
* Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni
* Bahagian Hal Ehwal Akademik
* Bahagian Pengurusan Fasiliti
* Pejabat Bendahari
* Bahagian Perpustakaan

Misi UiTM

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program professional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai - nilai murni dan etika keprofessionalan

Visi UiTM

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Falsafah UiTM

Seseorang individu mampu berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai - nilai murni bagi melahirkan graduan professional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara

Motto UiTM

Usaha, Takwa, Mulia

Alamat:

En. Mohd Shahnizam bin Azmi
Pegawai Hal Ehwal Islam
Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP)
Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Kampus Kuala Terengganu
Jalan Kubang Ikan, 21080 Kuala Terengganu
Tel : 096175255 Sambungan: 113 Fax : 096175262

1 comments:

promosi print assigment anda dengan harga rm 0.10 dengan dakwat berkualiti tinggi(kalis air)... disimpang 4 chendering... http://bstenterprise.blogspot.com
 

Post a Comment