1.04.2011

Berkenalan dengan mindset kegagalan.....


Berkenalan dengan mindset kegagalan

Ada orang gagal dalam mempertahankan perkahwinan, bercerai pastu bahagia semula.
Ada orang yang lain, gagal dalam mempertahankan perkahwinan, bercerai pastu langsung tak bahagia.
Makin merana, makin sengsara.
Apa yang membezakan kedua-dua mereka?

Mindset.

Orang yang pertama, Anda boleh teka mindsetnya apa.
Dia mahu bahagia, tak kiralah dengan siapa. Sebab tu dia kawin balik walaupun dah bercerai.
Orang yang kedua, dah tentu kita kata mindsetnya tak mahu bahagia.
Dia masih tak boleh lupakan pasangan hidupnya yang lama.
Pastu mungkin dia asyik ingat kesengsaraan di masa lalu.
Tiap kali mengingat kenangan masa lalu, emosinya jadi merundum, murung pastu bertukar menjadi stress.
Ini hanya salah satu contoh kegagalan – iaitu gagal dalam mempertahankan perkahwinan.
Ilmu masih kurang, emosi rapuh kemudian niat nak bahagia tu tak ada.
Kegagalan hanyalah situasi yang bukan situasi positif.
Anda kena tinggalkan situasi tu, keluar mencari situasi lain yang positif.
Samalah macam kegagalan.
Tinggalkan situasi lama yang gagal, usaha yang gagal.
Keluar mulakan usaha baru, cipta situasi baru, moga dengan itu ia dapat membuahkan kejayaan baru.
Andai kata gagal lagi, usaha lagi.
Jangan berhenti sehingga kejayaan benar-benar dapat dicapai
Lebih banyak Anda berusaha, lebih besar kemungkinan kejayaan muncul dalam hidup Anda

Apa yang kita fikirkan selalu itulah yang akan jadi....


Hidup kita adalah produk akhir kepada pemikiran kita.

Apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan jadi. Fikiran kita mempunyai kuasa tarikan. Ia akan menarik orang perseorangan, situasi, benda dan perkara yang berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.

Apabila kita selalu fikirkan masalah dan kita terbanyang betapa beratnya kita menanggung masalah, fikiran kita akan menarik orang-orang yang bermasalah yang menjadikan kita semakin bermasalah. Selepas itu kita akan berjumpa dengan situasi-situasi bermasalah yang akan menambah bebanan masalah sedia ada di bahu kita.

Tadi kita terjumpa orang bermasalah, sekarang kita terserempak dengan situasi-situasi bermasalah. Kita akan jadi tertekan oleh masalah-masalah yang muncul satu persatu, lepas satu masalah muncul lain satu masalah lain pula.

Tak lama selepas itu kita akan terserempak dengan perkara-perkara yang menimbulkan masalah, diselang-seli dengan benda-benda bermasalah hingga membuatkan Anda jadi tidak senang dengan bermacam rupa masalah yang macam tak berhenti kemunculannya. Anda rasa semakin rasa terhimpit, tersepit di tengah-tengah himpunan masalah.

Sedarlah realiti kita dan kehidupan kita dibentuk oleh fikiran kita.

Apa yang kita fikirkan selalu ibarat satu doa, saya panggil sebagai doa non-verbal kerana kita berdoa meminta sesuatu dengan memikirkan sesuatu. Apabila kita doa banyak kali, sudah tentu Allah ia adalah peluang untuk ia menjadi realiti. Maka, apabila kita selalu memikirkan masalah, perbuatan itu samalah seperti kita meminta supaya makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup kita.

5 Sikap Positif TAHUN 2011



5 Sikap Positif Awal Tahun 2011

1. Berhenti mengomplen.

Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.

2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.

Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda sakit hati.

3. Banyak berfikir memperbaguskan diri

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.

4. Hormati, kagumi, sanjungi.

Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.

5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.

Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.